1 November 2025 - Program Electric Fun Sports 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Exco Program Pendidikan Kejuruteraan Elektrik (PPKE) 2025 bertempat di gelanggang futsal Politeknik Kota Bharu.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (DEE), Pn. Rosmaria binti Ariffin.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta kesihatan pelajar di samping membina semangat bersukan dan komunikasi berkesan. Selain itu, program ini turut berperanan dalam memupuk nilai jati diri, kepimpinan, disiplin serta daya tahan mental dalam kalangan pelajar.
Secara keseluruhannya, Program Electric Fun Sports 2025 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan penglibatan aktif para pelajar dan sokongan padu pihak pengurusan. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh budaya sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan warga Politeknik Kota Bharu.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.