4 November 2025 - Telah berlangsung Pembentangan dan Pameran Inovasi Projek Tahun Akhir – Mechanical Project Innovation & Exhibition (ProMIEX) bagi sesi 1 2025/2026 bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB).
Program ini menampilkan hasil rekaan dan inovasi pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan.
Kehadiran juri jemputan antarabangsa, iaitu Prof. Madya Ir. Dr. Denni Kurniawan dari Universiti Teknologi Brunei dan Dr. Fethma M. Nor dari Curtin University Malaysia, memberikan nilai tambah serta pandangan profesional kepada pelajar dalam menilai kreativiti dan kebolehlaksanaan projek.
Turut hadir memberi sokongan ialah Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB serta En. Ahmad Suhaimi bin Arshad, Timbalan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mempersembahkan projek terbaik dan kepada para pemenang ProMIEX 2025/2026.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berinovasi dan berdaya saing dalam bidang TVET.