5 November 2025 - Telah berlangsung Program Pembentangan 2 Projek Ukur Bahan – INNOTEX 2025 yang menghimpunkan pelajar tahun akhir Diploma Ukur Bahan bagi Sesi 1 2025/2026. Program ini memberi ruang kepada pelajar untuk membentangkan dokumen tender yang lengkap bagi sesebuah projek pembinaan, hasil daripada kerja kursus sepanjang semester.
Pembentangan ini menjadi medan penting untuk menilai keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam penyediaan dokumen tender, dan pemahaman terhadap proses penyediaan dokumen tender mengikut amalan industri sebenar.
Kehadiran panel jemputan industri telah memberikan pandangan profesional dan maklum balas bernilai kepada pelajar, antaranya:
1. Encik Muhammad Alif bin Ibrahim – MA Homes Trading
2. Sr. Mohd Fairus bin Zakaria – Air Kelantan Sdn. Bhd.
3. Sr. Nin Evana Syuhaini binti Mohamed – RISM Pantai Timur
Program ini turut menjadi platform mengukuhkan hubungan akademik–industri, seiring usaha Unit Ukur Bahan dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri pembinaan semasa.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas pembentangan yang berkualiti serta dedikasi tinggi dalam menyiapkan dokumen tender masing-masing. Semoga pengalaman ini menjadi asas kukuh dalam perjalanan profesional sebagai bakal Quantity Surveyor.