5 November 2025 - Telah berlangsungnya Innovation & Technology Exhibition (INNOTEX) anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.
Program ini menampilkan pelbagai hasil inovasi kreatif dan teknologi baharu oleh pelajar, yang menggambarkan kematangan idea, kemahiran teknikal serta semangat inovatif warga Jabatan Kejuruteraan Awam.
Seramai 12 orang panel penilai luar telah dilantik bagi menilai projek-projek inovasi yang dipertandingkan dalam INNOTEX 2025 yang diketuai oleh En. Wan Ismail bin Wan Yusuff, berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dan penilaian inovasi.
Tahniah kepada semua peserta, penyelia dan urus setia atas penganjuran yang berjaya. Semoga platform ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan inovasi TVET ke arah industri masa hadapan.