6 November 2025 - Telah berlangsungnya Program TechTrail: Jejak Profesional dan Cipta Inovasi sempena Hari Profesional Teknikal Negara 2025 anjuran Jabatan Kerja Jaya Negeri Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) bertempat di Dewan Jubli Perak, PKB.
Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tn Hj Mohammad Azman bin Ismail @ Awang, Jurutera Awam Penguasa, JKR Negeri Kelantan, dan turut dihadiri oleh Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kota Bharu yang turut menyampaikan ucapan aluan pembukaan majlis.
Dengan bertemakan “Mengorak Inovasi Masa Depan Demi Kemanusiaan”, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Kuiz Teknikal, Video Kreatif, Rekacipta Poster dan Construction Challenge, yang bertujuan menyemai semangat profesionalisme dan inovasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan.
Tahniah kepada penganjur, peserta serta semua yang terlibat atas kejayaan menjayakan program bermakna ini.