08 November 2011 - Tahniah diucapkan kepada Pn. Wan Fazlini Idayu binti Wan Fakari dan En. Muhammad Baqir bin Ibrahim, pensyarah Politeknik Kota Bharu atas kejayaan merangkul Silver Award dalam International Innovation Competition on Future Education 2025 (IICFE25) anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
Inovasi bertajuk “Sistem Kehadiran Pelajar Menggunakan MIT APP Inventor dan Integrasi Google Workspace: Satu Kajian Pembangunan dan Implementasi” ini menampilkan pendekatan kreatif dalam memperkukuh sistem pendidikan digital yang lebih efisien dan mesra pengguna.
Kejayaan ini membuktikan komitmen warga Politeknik Kota Bharu dalam menerapkan budaya inovasi dan transformasi digital selaras dengan tema pertandingan, “Shaping the Future: Innovating Education for Future-Ready Minds.”
Syabas dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga akademik untuk terus melahirkan idea-idea inovatif demi masa depan pendidikan yang lebih gemilang.