18 November 2025 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Politeknik Kota Bharu (PKB) atas kejayaan cemerlang menerusi produk inovasi Sambal Atok, yang berjaya merangkul Anugerah Pendigitalan Produk Terbaik di Future Entrepreneurs In Food Security Convention (FEAST) 2025 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu.
Kejayaan ini lebih bermakna dengan sokongan padu dan bimbingan mentor projek, Pn. Wan Nur Azura binti Wan Abdullah, serta dorongan dan kepimpinan Ketua Unit Keusahawanan PKB, Pn. Nik Rozina @ Nik Azyyzti binti Nik Jaafar. Usaha dan komitmen mereka menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan dalam memperkukuh inovasi makanan berasaskan digital.
Dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, kemenangan ini menjadi bukti bahawa warga PKB mampu bersaing dan menyerlah dalam platform keusahawanan makanan berteraskan teknologi.
FEAST 2025 menghimpunkan 18 buah universiti awam, 1 politeknik dan 3 kolej komuniti, menjadikan pencapaian ini satu kejayaan yang amat membanggakan.
Syabas kepada semua pensyarah pembimbing dan peserta yang terlibat. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga PKB untuk terus berkarya, berinovasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.