25 November 2025 - Telah berlangsung kunjungan hormat daripada Perodua Dealers Association Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Pn. Rabitah Shamshudin, bertempat di Bilik Al-Farabi, Politeknik Kota Bharu (PKB).
Delegasi berkenaan telah disambut oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu.
Turut hadir ialah Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, dan En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB.
Pertemuan ini memberi ruang kepada perbincangan kerjasama strategik, khususnya dalam menyediakan peluang Latihan Industri kepada pelajar PKB di rangkaian dealers Perodua di seluruh negara.
Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar serta mengukuhkan jaringan hubungan industri PKB.