27 Februari 2023 : Telah berlangsung Lawatan Pemantapan Penilaian Semula APACC POLIMAS di Politeknik Kota Bharu. Kumpulan delegasi telah disambut oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin, Pengurus Pusat Penyelidikan dan Inovasi (CRI) bersama pegawai – pegawai kanan PKB. Lawatan yang diketuai oleh Puan Faezah Binti Yahya, Ketua Unit Jaminan Kualiti, POLIMAS ini diadakan bagi memantapkan lagi sistem pengurusan fail serta perbincangan bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai pengurusan APACC secara menyeluruh. Dalam program ini, urusetia UJKD, PKB telah membawa delegasi melawat ke Pejabat Pusat Teknologi (COT) PKB dan Bengkel Kerja Kayu.