5 Mac 2023 : Mengambil cakna akan kebajikan para pelajar di kampus, Politeknik Kota Bharu telah melancarkan Program Menu Rahmah di semua kafetaria di dalam Kawasan kampus bermula 26 Februari 2023.
Menurut Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, program ini dilancarkan selaras dengan pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub pada 31 Januari 2023. Diikuti dengan saranan oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pada 6 Februari 2023 agar program Menu Rahmah ini dijayakan oleh semua IPTA dan IPTS dengan memperkenalkan menu – menu yang bersesuaian bagi membantu meringankan beban kumpulan sasar termasuk golongan pelajar daripada keluarga B40.