JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
- Butiran
- Jumlah paparan: 13635
Mengenai Kami
PENGENALAN
Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu diketuai oleh Encik Zulfarahim bin Hibadullah selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dengan dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan, Encik Zeham bin Mustapha dan dua Setiausaha Jabatan iaitu Puan Hazlina binti Hassan dan Puan Nor Suriani binti Mohd Nor. Ketua Jabatan turut dibantu oleh 2 orang Ketua Program dan 2 orang Penolong Ketua Program iaitu :
1. | Program Diploma Kejuruteraan Awam | Ketua : Nor Abidah binti Abdul Hamid |
Penolong : Mohd Zamzuranee bin Mohd Nor | ||
2. | Program Diploma Ukur Bahan | Ketua : Sukmawati Binti Ismail |
Penolong : Zuhaida binti Iberahim |
Organisasi jabatan seterusnya disokong oleh 78 orang Staf Akademik yang terdiri daripada pensyarah gred DH 52, DH 48, DH 44, DH 41, DH 34, dan DH 32 bersama 2 orang kakitangan Bukan Akademik. Bilangan Staf Akademik jabatan ini mengikut pecahan program adalah seperti berikut;
1. |
Program Diploma Kejuruteraan Awam |
- |
55 orang |
2. |
Program Diploma Ukur Bahan |
- |
23 orang |
Program Yang Ditawarkan
Program Pengajian Yang Ditawarkan
- DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM - No Akreditasi : MQA/FA13164
- DIPLOMA UKUR BAHAN - No Akreditasi : MQA/FA3227
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
PENGENALAN
Program Diploma Kejuruteraan Awam menyediakan pembelajaran berkonsepkan pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk disesuaikan dengan teknologi baharu dalam bidang Kejuruteraan Awam yang menekankan sikap profesional dan etika dalam memenuhi tanggungjawab terhadap pencipta, pelanggan dan masyarakat. Program ini menawarkan kursus di bidang Kejuruteraan Awam seperti Lukisan Kejuruteraan, Hidraulik & Kejuruteraan Sumber Air, Alam Sekitar, Bahan & Reka Bentuk Struktur, Jalan & Pengangkutan, Pengurusan Kejuruteraan dan Geoteknik. Ia direka khas dengan latihan secara ‘hands-on’ di samping pembelajaran teori dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pelajar dikehendaki melengkapkan latihan industri untuk menjadikan pelajar seorang graduan mampu bekerja di dalam pelbagai sektor industri kerana kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan di pelbagai sektor industri. Pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal untuk melaksanakan kerja dalam pelbagai situasi. Graduan dalam bidang Kejuruteraan Awam akan dibentuk dengan sifat dan tingkah laku yang positif seperti integriti, kerja berpasukan, berupaya menyelesaikan masalah dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang pengkhususan mereka. Mereka juga dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan dalam industri pembinaan. Dengan kemahiran tambahan ini, mereka akan menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan sekarang.
SINOPSIS DKA
Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) merupakan pengajian yang ditawarkan secara sepenuh masa selama 3 tahun atau 6 semester. Pengajian terdiri daripada 5 semester di dalam kampus dan 1 semester latihan industri. Program pengajian DKA ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran praktikal dan pembentukan sikap yang baik. Program ini merangkumi disiplin bidang kejuruteraan awam yang luas dan menawarkan kursus di bidang Kejuruteraan Awam seperti Lukisan Kejuruteraan, Hidraulik & Kejuruteraan Sumber Air, Alam Sekitar, Bahan & Reka Bentuk Struktur, Jalan & Pengangkutan, Pengurusan Kejuruteraan dan Geoteknik.
SYARAT KEMASUKAN
Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu Klik sini
TUJUAN PROGRAM
Program ini percaya bahawa semua individu berpotensi untuk menjadi juruteknik berpengalaman yang proaktif dan bertanggungjawab untuk menyokong agenda nasional dalam mengubah industri pembinaan menjadi lebih produktif, mempunyai persekitaran mampan yang berdaya saing di seluruh dunia serta berfokuskan kepada keselamatan dan standard kualiti.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO1 : bekerja di dalam bidang kejuruteraan awam
PEO2 : menjadi ketua atau ahli yang menjalankan peranan masing-masing di dalam industri
PEO3 : melibatkan diri dalam aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan atau memulakan perniagaan sendiri
PEO4 : memenuhi tanggungjawab profesional dan komuniti, mematuhi nilai-nilai etika dan persekitaran
BUKU PANDUAN PROGRAM
Panduan Program Pelajar
Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian
PROSPEK KERJAYA
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran kerja seperti yang dinyatakan seperti:
- Penolong Jurutera
- Pembantu Teknikal
- Penyelia Tapak
- Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
- Pembantu Penyelidik
- Penolong Jurutera Kawalan Kualiti
- Penyelaras Bahan
- Pemeriksa Kerja Teknikal
- Kontraktor
- Usahawan
SENARAI PENSYARAH PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
DIPLOMA UKUR BAHAN
DIPLOMA UKUR BAHAN
PENGENALAN
Program pengajian Diploma Ukur Bahan direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur bahan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di industri pembinaan yang meliputi skop kerja di dalam pengukuran dan penilaian kuantiti binaan-binaan berdasarkan reka bentuk struktur binaan. Program pengajian ini membentuk pelajar memahami pengetahuan dan kemahiran asas dalam ukur kuantiti bahan seperti membaca lukisan pelan, penggunaan bahan dan teknologi binaan,menulis speksifikasi bahan binaan dan mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan projek pembinaan, undang-undang dan amalan profesional. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang ukur bahan.
SINOPSIS DUB
Diploma Ukur Bahan (DUB) merupakan pengajian yang ditawarkan secara sepenuh masa selama 3 tahun atau 6 semester. Pengajian terdiri daripada 5 semester di dalam kampus dan 1 semester latihan industri. Program pengajian DUB ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran praktikal dan pembentukan sikap yang baik. Program ini merangkumi disiplin bidang ukur bahan yang luas dengan pengkhususan dalam membaca lukisan dan pelan arkitek dan jurutera, penggunaan bahan binaan dan teknologi binaan, menulis spesifikasi bahan, pengukuran kuantiti bahan, mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan pembinaan, undang-undang dan amalan professional ukur bahan.
SYARAT KEMASUKAN
Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu Klik sini
TUJUAN PROGRAM
Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi menjadi Pembantu Juru Ukur Bahan mahir yang mampu menyesuaikan diri dengan bidang ini dengan baik seterusnya menyokong usaha kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dalam masa yang sama dapat menyumbang jumlah pekerja berkualiti untuk semua sektor termasuk industri pembinaan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
Program Diploma Ukur Bahan akan menghasilkan siswazah TVET yang seimbang:
PEO 1: berpengetahuan tentang prinsip dan teknologi dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjamin kerjaya yang produktif dan berkesan sebagai pengamal Juruukur Bahan dan bidang yang berkaitan
PEO 2: menunjukkan komunikasi dengan berkesan untuk berinteraksi dengan orang lain secara kolaboratif dan berorientasikan pasukan
PEO 3: menunjukkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial dan etika sebagai pengamal
PEO 4: mencapai tahap kesedaran dan kemahiran untuk pembelajaran sepanjang hayat bagi memperluas pengetahuan mereka dan meningkatkan keupayaan pengurusan dan keusahawanan untuk pengembangan kerjaya.
BUKU PANDUAN PROGRAM
Panduan Program Pelajar
Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian
PROSPEK KERJAYA
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:
- Pembantu Jurukur Bahan
- Penilai Kuantiti Binaan
- Penolong Pengurus Kontrak
- Penolong Pengurus Projek
- Pegawai Penilaian Bangunan
- Penyelia Tapak
- Pegawai Insurans
- Penolong Pengurus Projek
- Penolong Penyelaras Projek
- Kontaraktor
- Usahawan
SENARAI PENSYARAH PROGRAM DIPLOMA UKUR BAHAN
Kemudahan
Kemudahan Yang Disediakan
- Bilik Ketua Jabatan
- Bilik Ketua Program
- Bilik Pensyarah
- Bilik Mesyuarat
- Bilk Solat Pensyarah
- Makmal CADD
- Makmal Struktur
- Makmal Ukur
- Makmal Jalanraya
- Makmal Konkrit
- Makmal Kualiti Air
- Makmal Hidraulik
- Bengkel Paip
- Bengel Kayu
- Bengkel Bata
- Studio Ukur Bahan
- Bilik Pembentangan
- Makmal Komputer
- Bilik Lukisan Kejuruteraan
- Bilik Pameran
- Galeri Niche Area Ukur Bahan