Mengenai Kami
UNIT KOLEJ KEDIAMAN
PENGENALAN
Unit Kolej Kediaman Politeknik Kota Bharu bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal kepada pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB).PKB menyediakan dua (2) unit kolej kediaman yang dikenali sebagai Kolej Kediaman Damai dan Kolej Kediaman Harmoni. Dibina pada tahun 1987, Kolej Kediaman Damai merupakan kolej kediaman pertama dibina di PKB dan ianya terdiri daripada sembilan (9) blok bangunan keseluruhannya. Kolej kediaman ini mampu menempatkan seramai 918 orang penghuni pada satu-satu masa. Kolej Kediaman Harmoni pula kemudiannya dibina dan beroperasi pada tahun 2016 melalui kaedah Private Finance Initiative (PFI). Kolej kediaman ini terdiri daripada tiga (3) blok dan mampu menampung dengan kapasiti maksima 1,500 penghuni setiap satu semester.
Kemudahan Kolej Kediaman Harmoni diberi keutamaan kepada pelajar-pelajar baru (Semester 1), manakala Kolej Kediaman Damai dikhususkan buat pelajar senior dan pelajar yang berkeperluan.
KAPASITI KOLEJ KEDIAMAN DAN LODGE
Kapasiti Kolej Kediaman
Kamsis/ Kolej Kediaman
|
Bilangan Penghuni
|
Desasiswa Harmoni
|
1,500
|
Kamsis Damai
|
918
|
Bilangan Penghuni
|
2,418
|
Kapasiti Lodge
Jenis Bilik
|
Bilangan Bilik
|
Bilik Berdua (2 katil)
|
459 unit
|
Bilik Berempat (4 katil)
|
15 unit
|
Bilik Berenam (6 katil)
|
240 unit
|
Bilangan Bilik
|
714 unit
|
OBJEKTIF
- Menguruskan permohonan penempatan pelajar di kolej kediaman.
- Menyedia kemudahan dan persekitaran yang selesa dan kondusif kepada pelajar.
- Memberi bimbingan dengan mewujudkan persefahaman melalui pelaksanaan aktiviti pelajar.
- Memantau serta membantu menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.
Carta Organisasi
Carta Organisasi
Syarat Kemasukan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN
Bagi pelajar Semester 1, surat tawaran mendiami Kolej Kediaman PKB akan diedarkan bersama-sama surat tawaran pendaftaran pelajar yang dikeluarkan oleh JHEP. Oleh itu, pelajar tidak perlu memohon bagi kemasukan Semester 1.
Manakala bagi pelajar senior, sebelum memasuki semester baru pelajar perlu memohon terlebih dahulu melalui Sistem SPMP (i-Kamsis).
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Permohonan dibuat secara atas talian melalui Sistem SPMP (i-Kamsis).
- Dokumen sokongan berikut perlu dihantar ke Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman sebelum tarikh tutup permohonan (jika berkaitan):
- Dokumen/ bukti pelajar daripada keluarga kategori B40 (pemohon Kolej Kediaman Damai).
- Laporan Kesihatan yang telah disahkan oleh doktor bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.
KRITERIA PEMILIHAN
Kriteria pemilihan pelajar untuk mendiami kolej kediaman adalah berdasarkan:
- Pencapaian Akademik (CGPA)
- Pencapaian Kepimpinan & Pembangunan Diri (Ko-Kurikulum)
- Sumbangan Kesukarelawanan
- Penglibatan Keusahawanan
Kemudahan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Klinik
KLINIK KESIHATAN POLITEKNIK KOTA BHARU
Klinik Kesihatan PKB menyediakan perkhidmatan seperti memeriksa, mendiagnosis dan memberikan rawatan ringan kepada pelajar PKB. Pengurusan klinik turut berperanan memberi khidmat nasihat kepada pelajar PKB berkaitan isu kesihatan semasa. Bagi kes kecemasan yang memerlukan rawatan lanjut, Klinik Kesihatan PKB akan menyerahkan pengendalian selanjutnya kepada Klinik Kesihatan terdekat.
Berdasarkan surat Jabatan Perkhidmatan Awam dengan nombor Rujukan JPA(S)133/13(64) bertarikh 27 Januari 1983, pelajar Politeknik adalah berkelayakan menerima kemudahan rawatan dan kepakaran serta kemudahan secara percuma di Wad DUA (2) di mana-mana hospital Kerajaan.
Lokasi dan waktu operasi Klinik Kesihatan PKB seperti berikut:
LOKASI
|
Bersebelahan Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Damai
|
WAKTU OPERASI
|
Ahad hingga Khamis
(tidak termasuk Cuti Umum)
|
8.00 pagi – 1.00 tengahari
1.00 tengahari – 2.00 petang (REHAT)
2.00 petang - 5.00 petang
|
HUBUNGI PEGAWAI :
SHAIPUL AZMI BIN MOHMAD
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Gambar Klinik Politeknik Kota Bharu
Hubungi Pegawai
Hubungi Kami:
Kolej Kediaman
Politeknik Kota Bharu
KM 24, Pangkal Kalong,Kok Lanas
16450 Ketereh, Kelantan
Tel.: 09-7889126/ 344/641
- Ext:
Kolej Kediaman Damai :341/333/322
Kolej Kediaman Harmoni: 390/341
Faks: 09-7888739
Bil |
Nama |
Jawatan |
Telefon (097889126) |
Emel |
Catatan |
1. |
PN. NORFARAH BINTI GHAZALI |
PENGURUS KOLEJ KEDIAMAN |
Samb. 341
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Harmoni |
2. |
EN. SHAIPUL AZMI BIN MOHMAD |
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN |
Samb: 319
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Klinik PKB |
3. |
PN. NOR HARISAH BINTI AB KADIR |
PENYELIA KANAN ASRAMA |
Samb. 320
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Damai |
4. |
PN ASLINA BINTI ISMAIL |
PENYELIA KANAN ASRAMA |
Samb. 390
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Harmoni (PIC: Blok Desasiswa Harmoni 1 dan 3) |
5. |
EN MOHD NAZRI BIN PATHULL ARIFIN |
PENYELIA KANAN ASRAMA |
Samb. 320
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Damai (PIC: Blok A, B, G, H dan J) |
6. |
EN MOHD RIZAL BIN ABDUL RAHIM |
PENYELIA KANAN ASRAMA |
Samb. 320
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Damai (PIC: Blok C, D, E dan F) |
7. |
PN MAZLIANI BINTI MAT HUSIN |
PENYELIA KANAN ASRAMA |
Samb. 390
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Harmoni (PIC: Blok Desasiswa Harmoni 2 dan 3) |
8. |
JASSILAN NUR BIN JAAFAR SIDEK
|
PEMBANTU OPERASI N11 |
Samb. 320 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman Damai |
Aktiviti
AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN
PENDAFTARAN PELAJAR
Pendaftaran pelajar kolej kediaman dibuat setiap semester bergantung kepada pengambilan pelajar oleh UPU. Bagi pelajar baru, penempatan bilik dibuat secara automatik melalui sistem SPMP (i-Kamsis) setelah pelajar membayar yuran kolej kediaman. Semasa pendaftaran, kunci bilik akan diserahkan kepada pelajar berdasarkan nombor bilik di dalam sistem SPMP. Bagi pelajar senior pula, pelajar yang ditawarkan tempat di kolej kediaman perlu membuat tempahan bilik terlebih dahulu dalam sistem SPMP (i-Kamsis) sebelum hadir mendaftar. Tempahan dibuat melalui kaedah ‘first come, first serve’. PROGRAM PELAJAR Pelajar kolej kediaman akan didedahkan dengan pelbagai program dan aktiviti dalam usaha mewujudkan persefahaman, kerjasama serta toleransi di kalangan pelajar. Program-program seperti kerohanian dan keagamaan juga tidak terkecuali. Berikut merupakan aktiviti pelajar yang seringkali dilaksanakan:
PROGRAM ANJURAN FELO BERSAMA JAWATANKUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN (JPKK)
Pihak pengurusan kolej kediaman dengan kerjasama Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) akan merancang dan merangka program pada setiap semester sebelum semester baharu bermula. Antara program yang sering dianjurkan adalah seperti program kerohanian, kesukanan/ rekreasi, ceramah/ forum dan program gotong-royong/ kesukarelawanan.
PROGRAM BERSAMA JABATAN AKADEMIK DAN UNIT SOKONGAN AKADEMIK
Penganjuran program pelajar turut sama dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Akademik dan Unit Sokongan Akademik Politeknik Kota Bharu. Baru-baru ini, untuk mengurangkan beban pelajar semasa pandemik COVID-19, projek ‘food bank’ dianjurkan oleh Unit Psikologi dan beberapa jabatan lain untuk membantu pelajar kolej kediaman yang memerlukan. Pelajar yang kurang berkemampuan sentiasa dikenal pasti dari semasa ke semasa.
PROGRAM LIBAT SAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN
Kolej kediaman PKB turut melaksanakan aktiviti dengan kerjasama agensi luar. Antaranya adalah program derma darah anjuran Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II. Seperti kebiasaan juga, latihan pengungsian bangunan (Fire Drill) turut diadakan di kolej kediaman dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan atau kebakaran.
PENYENGGARAAN DAN PENYELENGGARAAN FASILITI
Penyenggaraan adalah melibatkan kerja-kerja baikpulih kerosakan fizikal yang dilakukan oleh Unit Pembangunan dan Senggaraan PKB. Fizikal bangunan kolej kediaman terdiri daripada pejabat kolej kediaman, bangunan blok penghuni, kafetaria, masjid dan lain-lain. Manakala bagi kerja-kerja penyelenggaraan pula, penyelia kolej kediaman akan membuat pemeriksaan secara berkala terhadap kelengkapan bilik pelajar, kebersihan kawasan/ bangunan serta keselamatan fasiliti di sekitar kolej kediaman.