Mengenai Kami
PENGENALAN
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merupakan entiti teras di bawah Unit Keselamatan Politeknik Kota Bharu (PKB) yang berperanan memastikan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) serta pengurusan piawaian KKP di peringkat institusi.
Diterajui oleh Setiausaha JKKP dan dibantu oleh pasukan penyelaras portfolio khusus, JKKP bertanggungjawab dalam:
Melaksanakan penilaian risiko tempat kerja (HIRARC, CHRA), menyediakan SOP/SWP, serta mengurus bahan kimia berbahaya dan Peralatan Pelindungan Diri (PPE).
Menjalankan pemeriksaan tempat kerja secara berkala serta menyiasat dan melaporkan insiden kemalangan kepada pihak unit keselamatan, pengurusan dan DOSH.
Memantau penyelenggaraan fasiliti dan peralatan berpermit (PMA & PMT) serta mengawal selia aktiviti kontraktor luar.
Merancang takwim latihan KKP, memantau pengurusan risiko institusi, serta mempromosikan budaya kerja selamat kepada seluruh warga kampus.
Dengan komitmen menyeluruh ini, JKKP PKB berusaha mewujudkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang selamat, sihat, dan bebas daripada sebarang bahaya.
Objektif Pengurusan KKP
MKKP-01-02 : OBJEKTIF PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN.
| NO |
OBJEKTIF |
| 1.0 |
Memberi latihan INDUKSI KKP kepada Kakitangan PKB sekurang-kurangnya sekali setahun. |
| 2.0 |
Memberi latihan penyediaan HIRARC kepada Kakitangan PKB sekurang-kurangnya sekali setahun. |
| 3.0 |
Memberi latihan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kepada Kakitangan dan Pelajar PKB 2 kali setahun. |
Penyelaras JKKP
SKOP TUGAS
|
BIL
|
JAWATAN
|
SKOP TUGAS
|
|
1.
|
SETIAUSAHA JKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
|
i. Bertanggungjawab dalam pengurusan KKP.
ii. Bertanggungjawab dalam urusan Perolehan membabitkan JKKP.
iii. Mengawal dokumen yang melibatkan KKP PKB.
iv. Melaksanakan tugas pegawai KKP PKB.
v. Merancang keperluan latihan JKKP PKB.
i. Bertanggungjawab dalam urusan MyKKP PKB
ii. Memastikan pencapaian KPI KKP
vi. Menyediakan ABM JKKP PKB
|
|
2.
|
PENYELARAS DOKUMEN KKP PKB
(SETIAUSAHA KERJA)
|
i. Menyediakan minit mesyuarat JKKP.
ii. Menyediakan dan mengemaskini dokumen untuk memastikan penggunaan dokumen yang seragam dan mudah dicapai.
iii. Menyediakan dan mengumpul laporan aktiviti JKKP
iv. Membantu SUJKKP dalam penyediaan ABM.
|
|
3.
|
PENYELARAS AUDIT DALAMAN
|
i. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Audit dalaman ISO 45001:2018 mengikut keperluan.
ii. Menyelaras penyediaan laporan Audit dalaman ISO45001:2018.
iii. Merancang dan menyelaras latihan Juruaudit dalaman dan aktiviti berkaitan.
|
|
4.
|
PENYELARAS LATIHAN DAN PROMOSI
|
i. Menyediakan takwim latihan yang dirancang pada tahun semasa KKP (maklumat daripada penyelaras KKP)
ii. Menyediakan senarai program latihan yang telah dilaksanakan.
iii. Merancang, menyediakan kertas kerja serta menyelaras latihan yang akan dilaksanakan.
iv. Mengumpul laporan program latihan yang telah dilaksanakan.
v. Merancang dan mengadakan taklimat /
induksi keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada staf setiap tahun / sesi pengajian.
vi. Menguruskan dan menyediakan bahan-bahan promosi seperti poster, pamflet, atau video pendek yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
vii. Bertanggungjawab dalam mempromosikan budaya kerja selamat di tempat kerja (PKB )
|
|
5.
|
PENYELARAS HIRARC, SOP & PENGURUSAN BAHAN KIMIA
|
i. Merancang, menyelaras dan mengemaskini maklumat HIRARC, SOP, dan Pengurusan Bahan Kimia serta CHRA (5 Tahun sekali).
ii. Merancang dan menyelaras latihan HIRARC, SOP, & Pengurusan Bahan Kimia.
|
|
6.
|
PENYELARAS PERALATAN, FASILITI & PERMIT
|
i. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti- aktiviti oleh kontraktor dan pembekal luar.
ii. Menyelaras kerja selenggaraan fasiliti yang berkaitan mengikut keperluan undang-undang termasuk PMA & PMT (15 bulan sekali)
iii. Merancang dan menyelaras latihan yang diperlukan.
|
|
7.
|
PENYELARAS PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA, LAPORAN KEMALANGAN & SIASATAN
|
i. Merancang dan menjalankan aktiviti pemeriksaan tempat kerja sebelum mesyuarat JKKP.
ii. Menyelaras penubuhan jawatankuasa siasatan kemalangan dan menyediakan laporan hasil siasatan.
iii. Menyediakan data kemalangan ditempat kerja untuk dimaklum atau dikemaskini kepada pihak JKKP PKB dan DOSH.
iv. Merancang dan menyelaras latihan yang diperlukan.
|
|
8.
|
PENYELARAS RISIKO DAN PELUANG
|
i. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti pengurusan risiko dan peluang
ii. Merancang dan menyelaras taklimat, kursus dan latihan program berkaitan.
iii. Menyediakan, mengemaskini dokumen/laporan pengurusan risiko dan peluang.
|
|
9.
|
PENYELARAS EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)
|
i. Menyelaras pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
ii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Emergency response plan (ERP).
iii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan kecemasan termasuk fire drill mengikut perancangan dan KPI..
iv. Merancang dan menyelaras pasukan First Aider.
iv. Merancang, menyelaras dan mengemaskini First Aid Box.
v. Merancang dan menyelaras latihan yang diperlukan.
vi. Menyelesaikan kes kecemasan seperti kecederaan, kebakaran, binatang berbisa dan lain-lain
Nota: ERT diangkat menjadi jkuasa yang lebih besar terus di bawah unit
keselamatan untuk berperanan lebih bebas sesuai dengan fungsinya.
|
Nota: Segala perubahan portfolio dan skop tugas yang akan berlaku adalah atas keperluan semasa mengikut pertimbangan jawatankuasa masing-masing.
CARTA ORGANISASI

Jawatankuasa JKKP
SKOP TUGAS
|
BIL
|
JAWATAN
|
SKOP TUGAS
|
|
1.
|
KETUA UNIT KESELAMATAN
|
i. Mengurus Unit Keselamatan PKB
ii. Memastikan pencapaian KPI setiap jkuasa di bawah unit keselamatan PKB.
iii. Menyediakan ABM Unit Keselamatan dan Jkuasa di bawahnya
iv. Memastikan semua jkuasa di bawah unit menjalankan fungsi masing-masing.
v. Menyediakan kursus dan latihan sesuai kepada ahli jkuasa unit keselamatan.
vi. Draf surat lantikan ahli Jkuasa
|
|
2.
|
SETIAUSAHA UNIT
|
i. Menyediakan surat, memo, minit mesyuarat unit keselamatan.
ii. Menyelaras ABM bagi setiap Jkuasa di bawah unit.
iii. Mengawal nombor rujukan surat dan memo unit dan Jkuasa.
iv. Membantu ketua unit dalam pengurusan unit keselamatan.
v. Menyelaras dan mengawal dokumen unit dan jkuasa supaya seragam.
|
|
3.
|
SETIAUSAHA JAWATANKUASA KESELAMATAN PERLINDUNGAN
|
i. Memantau keselamatan dan mengambil maklum aktiviti-aktiviti seluruh PKB.
ii. Merancang dan menyelaras taklimat, kursus, latihan dan program diperlukan.
iii. Menyediakan SOP kawalan keselamatan data, email dan dokumen (fizikal /softcopy).
iv. Memastikan keperluan Akta dan Peraturan dilaksanakan
v. Memastikan pengawal keselamatan bertugas mengikut kontrak.
vi. Menyemak buku log bertugas pengawal keselamatan.
vii. Menyelaras dan mengawal lalulintas dan tempat meletak kenderaan.
viii. Draf surat lantikan ahli Jkuasa
|
|
4.
|
INSIDEN KOMANDER KUMPULAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)
|
i. Menyelaras pasukan kumpulan tindakan kecemasan (ERT).
ii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Emergency response plan (ERP).
iii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan kecemasan termasuk fire drill mengikut perancangan dan keperluan.
iv. Merancang dan menyelaras pasukan First Aider.
v. Merancang, menyelaras dan mengemaskini First Aid Box.
vi. Merancang dan menyelaras latihan yang diperlukan.
vii. Draf surat lantikan ahli Jkuasa
|
|
5.
|
SETIAUSAHA JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
|
i. Bertanggungjawab dalam urusan Perolehan membabitkan Jkuasa KKP.
ii. Mengawal dokumen yang melibatkan KKP PKB.
iii. Melaksanakan tugas pegawai KKP PKB.
iv. Merancang keperluan latihan KKP PKB.
v. Merancang, menyelaras dan melaksanakan fungsi JKKP mengikut akta dan keperluan.
vi. Draf surat lantikan ahli Jkuasa
|
CARTA ORGANISASI
