JAWATANKUASA KESELAMATAN PERLINDUGAN (JKP)
- Butiran
- Jumlah paparan: 104
Mengenai Kami
PENGENALAN
Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan (JKP) merupakan salah satu jawatankuasa teras di bawah struktur pengurusan Unit Keselamatan Politeknik Kota Bharu (PKB). JKP berperanan utama dalam merancang, menyelia, dan menguatkuasakan langkah-langkah keselamatan perlindungan yang menyeluruh demi menjamin keselamatan fizikal, kerahsiaan maklumat, serta ketenteraman kawasan kampus.
Peranan dan fokus utama JKP merangkumi,
Menyelia keselamatan fizikal premis dan kawasan kampus melalui pemantauan rondaan kawalan keselamatan serta pengurusan sistem kawalan akses (seperti CCTV dan kad akses) bagi mencegah pencerobohan, kecurian, dan kerosakan harta benda.
Membina POLISI JKP serta menyediakan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) bagi mengawal dan melindungi keselamatan data, e-mel, maklumat, serta dokumen rasmi (sama ada bentuk fizikal mahupun digital/rahsia rasmi).
Mengurus, menyelaraskan laluan trafik, dan mengawal pergerakan keluar masuk kenderaan staf, pelajar, serta pelawat menerusi penguatkuasaan pelekat kenderaan dan penyediaan pelan susun atur petak meletak kenderaan semasa majlis rasmi.
Menyusun struktur jawatankuasa mengikut pekeliling kerajaan, melaksanakan audit kendiri, mengurus perolehan bajet keselamatan perlindungan, serta menganjurkan program kesedaran keselamatan perlindungan secara berkala.
Dengan pelaksanaan peranan ini, JKP komited memastikan persekitaran perkhidmatan dan pembelajaran di PKB sentiasa terlindung, selamat, dan bebas daripada sebarang ancaran risiko keselamatan.
SKOP TUGAS
- Menyusun dan membentuk struktur j/kuasa lengkap bagi memenuhi 6 keperluan pekeliling.
- Membina POLISI JKP
- Mengeluarkan semua surat lantikan pegawai berkaitan mengikut pekeliling.
- Menghantar Kursus pegawai berkenaan mengikut kehendak pekeliling.
- Melaksanakan mesyuarat dengan bilangan dan agenda yang ditetapkan dalam pekeliling.
- Melaksanakan Audit kendiri seperti peruntukan pekeliling
- Mengelola perolehan budget untuk menyedia/menyelenggara keperluan Keselamatan perlindungan selaras kehendak pekeliling
- Membuat penilaian risiko Keselamatan perlindungan
- Mengelola system pemantauan prestasi dan semakan semula pengurusan.
- Mengelola Program kesedaran keselamatan perlindungan
- Menguruskan lalulintas dan meletak kenderaan staf dan pelawat
- Mengawal keluar masuk kenderaan dengan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan.
- Mengeluarkan layout (susunatur) pergerakkan dan meletak kenderaan pada setiap majlis besar seperti konvo dan pendaftaran pelajar baru.
- Mengeluarkan memo pengosongan tempat meletak kenderaan bila perlu.



