Jawatankuasa Akreditasi Program Pengajian PKB telah mengadakan satu lawatan penandaarasan bagi perlaksanaan akreditasi MQA:BEM (ETAC) ke Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pada 14-15hb November 2017. Lawatan penandaarasan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf PKB terhadap perlaksanaan akreditasi MQA:BEM (ETAC) di PSAS. Staf yang terlibat adalah Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Program bagi JKM, JKE dan JKA serta Ahli Jawatankuasa Akreditasi Program Pengajian PKB.
Terima Kasih PSAS atas perkongsian dan layanan yang diberikan.