29 Januari 2023- Sekitar Minggu Haluan Siswa yang berlangsung pada pagi ini. Para pelajar diberikan taklimat oleh Encik Mohd Amin Bin Abdul Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Encik Wan Muhammad Marzudi Bin Wan Muhammad, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan di Dewan Jubli Perak, PKB.

Para pelajar baharu juga diberikan taklimat oleh wakil pemimpin masyarakat dan dialog bersama PDRM di Dewan Jubli Perak, PKB sempena Minggu Haluan Siswa.