30 Januari 2023 - Telah berlangsung Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 bersama YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi yang diadakan secara langsung dari Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Tinggi pada 30 Januari 2023 jam 9.30 pagi. Siaran langsung ini turut disaksikan oleh warga Politeknik Kota Bharu termasuk Tuan Haji Rosli Bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Saifuddin Bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, staf dan pelajar Politeknik Kota Bharu di Dewan Al-Ghazali, PKB.