29 Januari 2023 : YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik telah menerima delegasi daripada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Azizi Shah, Shah Alam, Selangor sempena Lawatan Penanda Aras ke Masjid Al- Mutaqqin, Politeknik Kota Bharu bagi menjadi rujukan Projek Pembangunan Pusat Islam, PSA. Lawatan ini di ketua oleh Puan Haslina binti Abdullah @ Muhamed, Ketua Jabatan Pengajian Am. Telah diadakan sesi penerangan dan juga lawatan ke Masjid Al Mutaqqin.