31 Januari 2023 : YBrs. Tuan Haji Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah merasmikan Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi II 2022/2023 yang telah berlangsung bermula 28 – 31 Januari 2023. Majlis ini yang diadakan di Dewan Jubli Perak, PKB turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Encik Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua – Ketua Jabatan, Ketua – Ketua Unit serta pegawai – pegawai kanan PKB.