31 Januari 2023 : Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Tebatan Banjir Politeknik Kota Bharu bertempat di Bilik Ibnu Khaldun, PKB. Majlis disempurnakan dengan sesi penyerahan Perakuan Serahan Siap Kerja Pelanggan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Majlis telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Fary Akmal Binti Osman Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi, YBrs. Ts. Hj. Muhamad Rumzi Bin Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, YBrs. Ir. Hajah Anita Binti Ainan, Pengarah Bahagian Saliran Mesra Alam JPS, YBrs. Ir. Kamal Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan, YBrs. Tn. Haji Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu . Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua – Ketua Jabatan serta pegawai – pegawai kanan PKB.