8 April 2025- PKB berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Syarikat AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Sharifah Salmah (Senior Director Human Resources), bersama Cik Krishnaveni Tanimalai (Manager of Talent Acquisition) dan Encik Muhammad Syafiq (Recruiter).
 
Kunjungan ini bertujuan untuk:
i. Memperkenalkan profil syarikat dan berkongsi pandangan industri kepada para pelajar dan pensyarah.
ii. Meneroka peluang latihan industri bagi pelajar untuk pendedahan awal ke alam pekerjaan sebenar.
iii. Membincangkan potensi kerjasama dalam projek industri serta inisiatif pembangunan bakat.
 
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi strategik antara AT&S dan PKB demi manfaat bersama, khususnya dalam melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Turut hadir bersama Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB dan En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB serta Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.